Bengkel PowToon
22 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
Bengkel Powtoon ini diadakan pada 21 Januari 2018 pada hari Ahad. Bengkel ini di hadiri oleh pelajar lepasan STPM iaitu seramai 4 orang. Bengkel ini berlangsung di Bilik latihan PI Engkilili.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran kepada belia tempatan dalam menghasilkan video animasi menggunakan PowToon. Bengkel PowToon ini dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam kalangan belia tempatan. Antara pengisian dalam bengkel ini adalah membuat skrip cerita, merekodkan suara atau memuat turun audio dan menambah visual. Peserta juga diberi tugasan untuk menghasilkan video animasi yang bertemakan Klik Dengan Bijak.
Bengkel yang dimulakan pada pukul 10.00 pagi ini ditamatkan pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: